RENCANA: KEBAIKAN-KEBAIKAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.
Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
Perpustakaan Negara

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih
berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada
membuang masa secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak
dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.
Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di
perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap,
memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan.
Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin
kita akan didenda.
Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat
menambah pembedaharaan kata kita. Ini ini pasti akan membantu kita
bertutur dan menulis karangan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu,
tanamkan sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya
itu dapat kita perolehi.
KARANGAN JENIS BIOGRAFI
KARANGAN JENIS BIOGRAFI
Kehidupan Seorang Penoreh Getah
(A) Pendahuluan
1) Pak Halim
ialah seorang penoreh getah.
2) Dia menoreh
getah di ladang getah sendiri.
3) Ladang getah
itu berdekatan dengan rumahnya.
(B)
Bersiap-sedia
ke ladang getah.
1) Setiap pagi, Pak
Halim bangun pada pukul lima pagi.
2) Dia
menunggang basikal ke ladang getahnya selepas bersarapan.
3) Dia membawa
pisau toreh.
(C)
Mula menoreh
getah
1)
Setiba di ladang getah, Pak Halim memakai topi yang berlampu suluh
kerana hari masih gelap.
2)
Dia mula menoreh getah.
3)
Dia bermandi peluh menoreh semua pokok getah di situ.
(D)
Mengutip dan
menjual susu getah
1) Dua jam kemudian, Pak Halim akan mengumpul susu getah yang
telah
bertakung di dalam mangkuk-mangkuk.
2) Susu getah itu
dikumpul ke dalam sebuah baldi besar
3) Kemudian, Pak
Halim menghantar susu getah itu ke pusat penjualan getah.
(E) Penutup
1) Begitulah
kehidupan Pak Halim sebagai seorang penoreh getah.
Pak Halim berasa besar hati kerana dapat menyara
seisi keluarganya dengan hasil titik peluh sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan