Selasa, 16 Oktober 2012

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa



Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan masyarakat Malaysia. Bahasa kebangsaan merupakan salah bahasa yang mudah dipelajari dan difahami berbanding bahasa lain seperti bahasa jepun,cina dan lain yang mempunyai sebutan yang sukar.
Tapi sekiranya kita lihat semula, sekarang ni penggunaan bahasa melayu sudah tidak seindah dahulu. Belum dikira dengan penggunaan slang yang carca marba. Ditambah pula penggunaan short form yang kadang kala memeningkan kepala.
Ingin berkongsi beberapa contoh penggunaan bahasa melayu sekarang berbanding bahasa zaman dahulu kala. Ini hanya sebahagian. Memang kita akan tergelak dan tersenyum. Tapi inilah trend masa kini anak-anak remaja bila berbicara. Ini belum dikira dengan ayat-ayat lain lagi. Kalau tidak dibendung, takut nanti akan terikut-ikut pula ketika menulis karangan untuk peperiksaan. 
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B pula zaman sekarang dan
Bahagian C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang

a) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota   tanpa meninggalkan kesan.
b) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
c) Wa cakap sama lu …lu kalau mao kropok dia…lu kropok jangan kasi lebam beb

a) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
b) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu…boleh tak?
c) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau…aku pun nak ikot.

a) Sungguh menakjubkan kesaktian yang ada atas empunya diri
b) Dia sungguh hebat sekali
c) Mak kao! Pawer siol!

Akhir kata, bahasa jiwa bangsa. Sayangilah bahasa anda sebagaimana anda menyayangi diri anda. Gunakanlah bahasa kebangsaan kita dengan sebaiknya. Dan bukan dengan merosakkannya.

Rujukan dari http://chikum4risa.com/bahasa-jiwa-bangsa/

iphone 5


Ads by Google    Apple Iphone    Iphone Iphone    Iphone Themes    ScreenSavers
TuneList - Make your site Live