Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan masyarakat Malaysia. Bahasa kebangsaan merupakan salah bahasa yang mudah dipelajari dan
difahami berbanding bahasa lain seperti bahasa jepun,cina dan lain yang
mempunyai sebutan yang sukar.
Tapi sekiranya kita lihat semula, sekarang ni penggunaan bahasa melayu
sudah tidak seindah dahulu. Belum dikira dengan penggunaan slang yang
carca marba. Ditambah pula penggunaan short form yang kadang kala
memeningkan kepala.
Ingin berkongsi beberapa contoh penggunaan bahasa melayu sekarang berbanding bahasa zaman dahulu kala. Ini hanya sebahagian. Memang kita akan tergelak dan tersenyum. Tapi inilah trend masa kini
anak-anak remaja bila berbicara.
Ini belum dikira dengan ayat-ayat lain lagi. Kalau tidak dibendung, takut
nanti akan terikut-ikut pula ketika menulis karangan untuk peperiksaan.
Bahagian B pula zaman sekarang dan
Bahagian C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang
a) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
b) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
c) Wa cakap sama lu …lu kalau mao kropok dia…lu kropok jangan kasi lebam beb
a) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
b) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu…boleh tak?
c) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau…aku pun nak ikot.
a) Sungguh menakjubkan kesaktian yang ada atas empunya diri
b) Dia sungguh hebat sekali
c) Mak kao! Pawer siol!
Akhir kata, bahasa jiwa bangsa. Sayangilah bahasa anda sebagaimana anda
menyayangi diri anda. Gunakanlah bahasa kebangsaan kita dengan
sebaiknya. Dan bukan dengan merosakkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan